Tuesday, May 20, 2008
♥ Party liar di kota bharu?
Kota Bharu, sekumpulan 23 remaja termasuk tujuh remaja wanita ditahan semasa ghairah berparti di sebuah bilik hotel di bandar ini malam kelmarin.
Mereka yang ditahan merupakan sebahagian daripada kira-kira 50 remaja yang dipercayai sedang menyertai private party di hotel tersebut.
Baki remaja lain itu sempat melarikan diri sebaik mengetahui kehadiran polis.
Mereka yang ditahan itu pula dipercayai tidak sedar dengan kehadiran polis kerana sedang ligat menari dengan pasangan masing-masing.
Ada antara pasangan tersebut sedang berpelukan dengan pakaian masing-masing menjolok mata.
Segelintir lagi sedang lalai minum dan menyanyi di dalam bilik bersaiz sederhana itu.
Kumpulan remaja yang menempah bilik hotel itu telah menggunakan khidmat disc jockey yang disewa khas untuk memeriahkan pesta tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, serbuan itu dilakukan pukul 10.45 malam selepas pihaknya mendapat maklumat orang ramai.
"Hasil ujian air kencing terhadap kumpulan itu, empat daripada mereka didapati positif pil kuda," kata beliau.
Menurut beliau, 19 lagi remaja lain dibebaskan selepas kenyataan mereka diambil.
Katanya, ini merupakan pesta liar yang pertama kali dikesan di negeri itu.
"Mereka yang mahu berseronok itu telah menempah bilik tersebut dan semasa pesta itu berlangsung pintu bilik itu dibuka," katanya.
Tambahnya, keempat-empat lelaki yang positif dadah itu disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Labels: Keratan Akhbar
♥ oink oink
5:32 PM
0 commented
5:32 PM
0 commented